Khas Untuk Umat Islam di Malaysia & Seluruh Dunia...

Kami Memudahkan Walaupun Anda Kesibukan!

 

"Kini Anda Boleh Aqiqah, Qurban, Nazar, Sedekah Bila-Bila Masa & Dimana Jua Dan Infaqkan Dagingnya Kepada

Anak Yatim / Madrasah Tahfiz / Fakir Miskin Atau Guna Sendiri!"

 

Yang PERTAMA Dari Rakyat Malaysia Untuk Rakyat Malaysia!

 


Dari kandang: Hj. Zaki & Hj. Salam

Tarikh:

Per: Kita Satu Agama, Satu Dunia, Satu Hajat!


Salam sejahtera Tuan/Puan yang mulia,

 

Semoga anda sihat dan ceria hari ini.

 

Seperti yang kita sedia maklum, sudah banyak program-program Aqiqah & Qurban yang diadakan di luar negara seperti Kemboja, Thailland, Bangladesh dan lain-lain negara di luar sana.

 

Sememangnya ia satu program yang sangat bagus dan terpuji...Syabas kepada pihak yang prihatin!

 

Namun usah juga kita lupa... ibarat kata pepatah "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Nasib dan pembelaan rakyat Malaysia yang memerlukan juga perlu diberi perhatian.

 

Apalah salahnya kita memberi perhatian dan sokongan kepada mereka-mereka ini. Mungkin mereka adalah saudara rapat kita, mungkin juga anak-anak kita. Justeru itu, kini anda berpeluang melaksanakan tanggungjawab yang mulia ini.

 

 

Sebelum itu, izinkan kami bertanya...

 

 

Adakah...?

 

 

Anak anda masih belum dilaksanakan aqiqahnya? Tapi tidak tahu dimana dan bagaimana untuk melaksanakannya dengan cara yang mudah, cepat dan murah?

 

Anda selalu sibuk dan tiada masa? Tetapi ingin melaksanakan Aqiqah  sambil tidak mahu mengorbankan masa bekerja dan tugas-tugas anda.

 

Anda berhajat untuk bersedekah sesuatu yang istimewa. Tetapi tidak terfikir caranya?

 

Anda sukar mencari pelaksana Aqiqah / Qurban yang diyakini dan tahu kaedah melaksanakannya mengikut syariah?

 

Anda ingin melaksanakan ibadah ini di dalam Malaysia dan berikan manfaatnya kepada rakyat Malaysia juga?

 

Anda berada di luar negara. Memang sukar untuk melakukan Aqiqah/Qurban/Nazar/Sedekah di sana? Ini menjadi penghalang untuk anda melaksanakannya secepat yang mungkin.

 

Anda ingin melaksanakan Qurban berkelompok untuk syarikat, persatuan, masjid, surau dan lain-lain tetapi ingin melaksanakannya dengan cepat, tidak memerlukan banyak tenaga kerja dan masa?

 

Anda mencari bekalan daging segar mentah untuk kenduri, kegunaan sendiri, untuk perniagaan yang diyakini status halalnya?

 

 

 

Jika persoalan-persoalan di atas menyelubungi benak fikiran anda, maka kami ada cadangan terbaik untuk diselesaikan. Usah risau dan jangan buntu lagi. Silalah layari laman web ini seterusnya ya... Anda akan menjumpai jawapannya.

 

Lembu dari Kandang...

Contoh binatang-binatang ternakan sebenar yang disimpan di kandang.

 

Baka jenis Brahman

 

Baka jenis Kelantan Kedah (KK)

 

 

 

Baka jenis Brahman yang sesuai untuk disembelih.

 

Lembu-lembu dilepas di kandang bagi memastikan kesihatan yang terbaik.

 

 

Kambing dari Kandang...

 

 

Baka jenis Ferall

 

 

Baka jenis Bebiri

 

 

 

Kambing diletakkan di kandang bagi menjamin kesihatannya dan penjagaan yang terbaik.

 

Kambing hidup sedia untuk diagihkan.

 

 


 

Pelaksanaan Ibadah Jadi Mudah & Diyakini...

Kami Yang Akan Siapkan Segala-Galanya!

 

 

 

Video Pelaksanaan Ibadah Qurban (Lembu)

 

 

 

 

Pemilihan haiwan yang sesuai

dengan bajet anda.

 

 

Penyembelihan lembu terus di kandang dibantu oleh pembantu terlatih.

Lihat... 3 orang sahaja sudah boleh sembelih lembu. (Bahkan 1 orang sahaja pun boleh... InsyaAllah)

 

 

 

Penyembelihan kambing di kandang.

 

Proses melapah & pemotongan.

 

 

 

Video Pelaksanaan Ibadah Qurban (Kambing)

 

 

 

 

 

Juru Sembelih Bertauliah

 

Dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

 

 

 

 

Kini.. anda tak ragu-ragu lagi siapa penyembelih binatang anda? Mereka adalah orang-orang yang bertauliah. Yang tahu hukum hakam sembelihan. Ibadah anda akan lebih diyakini... InsyaAllah.

 

 


 

 

Kemudahan Secara Online Yang Ditawarkan

 

1 -

Aqiqah

2 -

Qurban

3 -

Nazar

4 -

Sedekah

5 -

Kenduri / Guna Sendiri

 

 

Kaedah / Cara Pelaksanaan

 1- Aqiqah

  • Secara bersendirian ATAU...

  • Secara kumpulan (individu-individu yang berlainan) ATAU...

  • Berkelompok (seperti kakitangan syarikat, organisasi, persatuan dan sebagainya)

  • Kesemua daging boleh ambil sendiri di ladang kami ATAU ...

  • Kami hantar ke kawasan anda (Lembah Klang sahaja) ATAU ...

  • Anda serahkan sepenuhnya kepada kami untuk diagihkan. Kami akan mengagihkan ke panel penerima agihan. Senarai panel penerima di sini.

  • Dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut hari sembelihan yang pihak kami tetapkan. Hari sembelihan adalah setiap Jumaat dan Sabtu.

  • Amalan Sunnah: Anak lelaki 2 ekor kambing, Perempuan 1 ekor kambing. ATAU ...

  • 1 ekor lembu untuk setiap seorang ATAU 1 ekor lembu dibahagi 7 bahagian.

 

 2- Qurban

  • Secara bersendirian ATAU...

  • Secara kumpulan (individu-individu yang berlainan) ATAU...

  • Berkelompok (seperti kakitangan syarikat, organisasi, persatuan dan sebagainya)

  • Kesemua daging boleh ambil sendiri di ladang kami ATAU ...

  • Kami hantar ke kawasan anda (Lembah Klang sahaja) ATAU ...

  • Anda serahkan sepenuhnya kepada kami untuk diagihkan. Kami akan mengagihkan ke panel penerima agihan. Senarai panel penerima di sini.

  • Dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut hari sembelihan yang pihak kami tetapkan. Hari sembelihan adalah setiap Jumaat dan Sabtu.

  • Dilaksanakan hanya pada hari Raya Korban dan 3 hari Tasyrik sahaja (4 hari).

  • 1 ekor lembu boleh dibahagi 7 bahagian. Maka 1 peserta = 1 bahagian. ATAU...

  • 1 ekor lembu untuk seorang sahaja. ATAU...

  • 1 ekor kambing untuk seorang sahaja.

 

 3- Nazar

  • Individu

  • Kesemua daging boleh ambil sendiri di ladang kami ATAU ...

  • Kami hantar ke kawasan anda (Lembah Klang sahaja) ATAU ...

  • Anda serahkan sepenuhnya kepada kami untuk diagihkan. Kami akan mengagihkan ke panel penerima agihan. Senarai panel penerima di sini.

  • Dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut hari sembelihan yang pihak kami tetapkan. Hari sembelihan adalah setiap Jumaat dan Sabtu.

  • Bergantung kepada nazar. Jika bernazar lembu sembelih lembu. Jika bernazar kambing sembelih kambing.

 

 4- Sedekah

  • Individu / Syarikat / Organisasi / Persatuan / dan sebagainya.

  • Kesemua daging boleh ambil sendiri di ladang kami ATAU ...

  • Kami hantar ke kawasan anda (Lembah Klang sahaja) ATAU ...

  • Anda serahkan sepenuhnya kepada kami untuk diagihkan. Kami akan mengagihkan ke panel penerima agihan. Senarai panel penerima di sini.

  • Dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut hari sembelihan yang pihak kami tetapkan. Hari sembelihan adalah setiap Jumaat dan Sabtu.

  • Lembu / kambing.

 

 5- Kegunaan Sendiri / Kenduri

  • Individu / Syarikat / Organisasi / Persatuan / dan sebagainya.

  • Kesemua daging boleh ambil sendiri di ladang kami ATAU ...

  • Kami hantar ke kawasan anda (Lembah Klang sahaja) ATAU ...

  • Anda serahkan sepenuhnya kepada kami untuk diagihkan. Kami akan mengagihkan ke panel penerima agihan. Senarai panel penerima di sini.

  • Dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut hari sembelihan yang pihak kami tetapkan. Hari sembelihan adalah setiap Jumaat dan Sabtu.

  • Lembu / kambing.

 

 

Nota: Daging-daging yang telah siap tetapi anda tidak sempat mengambilnya akan disimpan selama 1 minggu (bermula dari tarikh penyembelihan). Daging akan disimpan di peti sejuk beku kami.

 

Jika tiada tuntutan selepas 1 minggu, daging-daging tersebut akan disedekahkan kepada panel penerima. Ini bagi memberi kemudahan agar peti simpanan kami dapat digunakan oleh peserta lain.

 


 

Jenis-Jenis & Spesifikasi Binatang

 

  1- Lembu

  • Dari baka Kedah Kelantan @ KK (tempatan).

  • Dari baka Brahman (import Thailand).

  2- Kambing

  • Dari baka Bebiri Kampung (tempatan).

  • Dari baka Merino @ Bebiri Australia (import).

  • Dari baka Ferall Australia (import).

  • Dari baka Kambing Kampung (tempatan).

 

 


Untuk ibadah Qurban atau Aqiqah,
lembu boleh dipilih samada seekor atau 1 bahagian.

 

Rupa bentuk lembu

 Spesifikasi

 Lembu KK

  • Purata Berat Hidup:  220 kg

  • Purata Berat Bersih:  80 kg

  • Umur:  > 2 tahun

  • Jantina:  Jantan

  • Harga 1 ekor dari: Hanya RM3000

  • 1 Bahagian:  RM480 Sahaja!

 

 Lembu Brahman

  • Purata Berat Hidup:  250 kg

  • Purata Berat Bersih:  110 kg

  • Umur:  > 2 tahun

  • Jantina:  Jantan

  • Harga 1 ekor dari: Hanya RM3,300

  • 1 Bahagian:  RM480 Sahaja!

 

 

 

Untuk kambing hanya boleh dipilih untuk seekor atau lebih
(tiada 1 bahagian untuk kambing)

 

Rupa bentuk kambing

 Spesifikasi

 Bebiri Kampung

  • Purata Berat Hidup: 30 kg

  • Purata Berat Bersih: 10 - 13 kg

  • Umur: >1.5

  • Jantina: Jantan

  • Harga 1 ekor: Hanya RM880

  • (bekalan terhad)

 

 Bebiri Merino Australia

  • Purata Berat Hidup: 30-40 kg

  • Purata Berat Bersih: 15 - 20 kg

  • Umur: >1.5

  • Jantina: Jantan

  • Harga 1 ekor: Hanya RM880

  • (bekalan terhad)

 

 

 Ferall Australia

  • Berat Hidup:  30-40 kg

  • Berat Bersih:  15 - 20 kg

  • Umur:  > 2 Tahun

  • Jantina: Jantan

  • Harga 1 ekor: Hanya RM880

  • (bekalan terhad)

 

 

 Kambing Kampung

  • Purata Berat Hidup: 40 kg

  • Purata Berat Bersih: 13 - 18 kg

  • Umur:  > 2 tahun

  • Jantina: Jantan

  • Harga 1 ekor: Hanya RM880

  • (bekalan terhad)

 

 

Notis Syariah: Tujuan notis ini bagi memastikan urusan pelaksanaan secara online menepati kehendak syariah iaitu kedua-dua pihak (anda - pembeli dan kami - penjual)

 

Gambar-gambar binatang di atas adalah sebagai panduan umum untuk anda mengenali jenis-jenis binatang sembelihan dari segi rupa bentuk, saiz dan warna. Namun dari segi pelaksanaannya adalah mustahil untuk mendapatkan 100% sama dan tepat seperti yang dipaparkan. Ini kerana spesifikasi setiap binatang berbeza atas beberapa faktor dan keadaan semasa.

 

Namun, pihak kami akan sedaya upaya memastikan pemilihan binatang adalah yang terbaik bersesuaian dengan hajat yang telah anda amanahkan.

 

 


 

 

Tahukah Anda? Menyembelih Binatang

Juga Perlukan Permit. Mengapa?

 

Untuk melakukan sembelihan (walau seekor pun) sebenarnya bukanlah perkara mudah. Ada prosidur tertentu yang perlu diikuti.

 

Kenali JPV: Logo JPV

 

Sijil akuan sihat binatang perlu diperolehi terlebih dahulu dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum sembelihan boleh dilakukan. Ini bagi memastikan binatang sembelihan adalah selamat untuk dimakan.

 

Sijil Pengesahan Akuan Sihat Binatang yang dikeluarkan oleh JPV

 

 

Selepas itu surat kebenaran sembelih akan dikeluarkan oleh JPV dan sembelihan boleh dilakukan.

 

Surat Kebenaran Sembelih oleh JPV (Permit Sembelih)

 

 

Prosidur ini terpakai bagi setiap ekor binatang yang ingin disembelih. Namun kerja-kerja ini semuanya akan kami laksanakan bagi pihak anda. Biar kami uruskan semuanya.

 

 


 

 

Panel Penerima Daging.

 

Ibarat kata pepatah "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..."

 

 

Ayuh Kita Fikirkan Juga Tentang 'Anak-Anak' Kita!

Disamping Menginfaq Untuk Luar Negara,

Infaqkan Juga Daging Segar Anda Kepada ...

 

 

Matlamat kami dalam program ini adalah untuk menumpukan kepada penerima-penerima di dalam Malaysia sahaja.

 

Bilakah lagi kita ingin memberikan jamuan atau daging segar yang enak-enak kepada 'anak-anak' kita sendiri?

 

Siapakah mereka?

 

 

 

  1- Rumah Anak-Anak Yatim

  • 3 buah rumah anak yatim sekitar Selangor / KL.

  • Mana-mana rumah anak yatim lain yang memerlukan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 

  2- Madrasah Tahfiz

  • 8 buah Madrasah sekitar Selangor / KL.

  • Mana-mana Madrasah lain yang memerlukan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 

 

 

Rumah Anak-Anak Yatim

 

Bil

Nama

Alamat

Pegawai

1

Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah.

Lot 2191-2A, Pekan Makmur,
43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor.

 

Pn. Aziah Binti Ibrahim

2

Pertubuhan Ibu Tunggal Rangkaian Hati (PITRAH)

 

Hulu Langat, Selangor.

 

Pn. Khadijah Masrah (YDP)

3

Rumah Anak-Anak Yatim Dan Saudara Baru Shifa’

No 5, Lorong Bunga Cina,
Taman P. Ramle,

53000 Setapak, Kuala Lumpur.

 

Hjh. Che Thom Hj Ujang

 

 

Madrasah Tahfiz

 

Bil

Nama

Alamat

Pegawai

1

Madrasah Ad-Diniyyah Libanat (Lelaki)

No 124, Jalan 2/149 J,

Bandar Baru Sri Petaling,

57000 Kuala Lumpur.

 

Ust. Hamzah Bin Talib

2

Madrasah Ad-Diniyyah Libanat (Perempuan)

No 98, Jalan 2/149 J,

Bandar Baru Sri Petaling,

57000 Kuala Lumpur.

 

Ust. Khalid Saifullah Bin Md Dali

3

Madrasah Adiniah Ahmadiah

Lot 7821, Lorong Puyuh,

Jalan Cheras, Batu 10,

43200 Kajang, Selangor.

 

Ust. Zakaria Awang

4

Madrasah Rofeah Al-Husainy

No 40, Jalan 3,

Desa Mahkota,

43500 Bangi,

Selangor.

 

Ust. Mohd Akasha Husain

5

Madrasah Tahfiz Azbah

No 3231 K,

Jalan Kemboja,

Kg. Dato Abu Bakar Baginda,

43000 Kajang, Selangor.

 

Ust. Mohamad Zaki B Abd Rahman

6

Limpahan Kasih

Hentian Kajang, Selangor.

Ust. Rohaizal Bin Ramli

 

7

Madrasah Darul Uloom

Lot 2792, Jalan Klinik,

Bukit Naga, Seksyen 32,

42450 Shah Alam,

Selangor.

 

Ust. Hisham Bin Mohamad

8

Madrasah Quran

Masjid As Sharif,

Kg Dato Ahmad Razali,

Dengkil, Selangor.

 

Ust. Hj Osman

Buat masa ini panel penerima adalah di sekitar Lembah Klang sahaja memandangkan operasi kami di sekitar Lembah Klang. Adalah sukar untuk menghantar daging-daging dalam keadaan segar dan terjamin kualitinya di luar dari Lembah Klang kerana ianya memerlukan kos yang tinggi untuk kerja-kerja penghantaran.

 

 


 

Panel Masakan

 

Ini adalah satu kemudahan yang kami cadangkan kepada anda demi meningkatkan lagi nilai tambah amal ibadah anda.

 

Anda boleh memberikan daging-daging sembelihan tadi dalam bentuk yang telah siap dimasak kepada panel penerima di atas. Oleh itu anda bolehlah memilih mana-mana panel masakan di bawah untuk dimasak mengikut menu masakan anda nanti.

 

Bagi mengelakkan sebarang masalah dan salah faham, sebaiknya urusan ini dijalankan terus di antara anda sendiri dan panel masakan. Anda bolehlah menghubungi mana-mana panel masakan di bawah.

 

Namun, anda boleh meminta pandangan kami untuk memilih manakah panel yang sesuai mengikut cadangan panel penerima yang anda pilih di atas. Ini boleh membantu dari segi penghantaran logistik daging sembelihan tersebut.

 

Caj masakan dan kos penghantaran adalah antara anda dan panel masakan.

 

Bil

Nama

Alamat

Hubungi

1

Restoran Asam Pedas Sri Gading

No 30, Jalan Sri Putra 1/2,

Bandar Sri Putra Bangi

43000 Kajang, Selangor.

 

Amran

019-7751285

2

Restoran Azman Cafe

No 11, Jalan P/AM5,

Taman Desa Ria,

71800 Nilai, Negeri Sembilan.

 

Azman Bin Sapani

010-2522135

 

3

Restoran Kelisa Corner

No 4, Medan Pusat Bandar 1,

Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor.

 

Mohd Sahrin Bin Malek

019-3638484

4

UBE Catering Services

No 25, Jalan Bangi Indah 3,

Taman Bangi Indah,

43000 Bangi, Selangor.

 

Brahim Bin Sapuan

012-6954846

5

Hj. Suratman Hj Sulaiman

No 16, Jalan 4/3,

Taman Sri Andalas,

Seri Kembangan,

43300 Serdang, Selangor.

 

Yati Binti Hj Suratman

012-6816634

6

Restoran Beryani Gam Johor

No 54-G, Jalan BPP 8/4,

Pusat Bandar Putra Permai,

43300 Seri Kembangan, Selangor.

Telah berpindah ke Sungai Buloh
 

Faizal Jalil

019-7051715

7

DJU Catering Sdn Bhd

22, Jalan Suakasih 1/3,

Bandar Tun Hussein Onn,

43200 Cheras, Selangor.

 

Hj Ayub Bin Hj Atan

03-90756899

8

Khuzam Caterer

Lot 8990, Jalan Nakhoda Kiri,

Kampung Nakhoda,

68100 Batu Caves, Selangor.

 

03-61899348

9

Caterer Ajmain

Shah Alam, Selangor.

Ajmain, 017-3110317

 

 


 

Setiap Ibadah Aqiqah / Qurban Akan Menerima Sijil.

Membuktikan Hajat Anda Telah Dilaksanakan.

(Sijil akan diposkan)

 

 

 

 

Semoga amalan anda diterima Allah...

 

 

 

 

Kenapa Anda Perlu Memilih AqiqahQurban.com?

 

Mudah untuk anda dilaksanakan. Anda tempah sahaja secara online dan kami akan uruskannya untuk anda.

Penyembelihan binatang mengikut prosidur bagi memastikan binatang yang disahkan sihat sesuai untuk dimakan.

 

Walaupun anda sibuk, tetapi masih tetap boleh melaksanakan ibadah kepada Allah.

 

Binatang (seperti kambing Ferall dan Merino import) adalah dari negara pengeksport Australia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan seluruh dunia mengenai mutu ternakan (bebas penyakit).

Tukang sembelih yang bertauliah. Hilanglah keraguan siapa yang menyembelihnya.

Daging sembelihan boleh disedekahkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan seperti rumah anak-anak yatim dan madrasah tahfiz (ini yang pertama di Malaysia!).

 

Lembu-lembu dan kambing disimpan di ladang dan dijaga dengan baik bagi memastikan kesegaran dan kesihatan ternakan.

Kami berpengalaman 15 tahun dalam penternakan dan urusan penyembelihan.
Kami mempunyai ladang dan ternakan sendiri. Kami bukan orang tengah. Pelaksanaannya kami yang melakukan sendiri.

Daging sembelihan boleh dimasak dan disedekahkan mengikut pilihan anda.

 

 

 

 

Kini Satu Dunia, Bila-Bila Masa & Di Mana Sahaja!

Walau Anda Kesibukan, Serahkan Hajat Anda Kepada Kami. Biar Kami Yang Melaksanakannya!

 

 

 

 

Tempah Sekarang!

Mudah, Cepat, Selamat & Diyakini.

 

 

#1- Aqiqah

<< Klik di sini >>

 

#2- Qurban

<< Klik di sini >>

 

#3- Nazar

<< Klik di sini >>

 

#4- Sedekah

<< Klik di sini >>

 

#5- Guna Sendiri/Kenduri

<< Klik di sini >>

 


 

 

 

Yang benar,

 

        

Hj. Zaki & Hj. Salam

+6019-2626 101
zaki@AqiqahQurban.com

P.S. Anda mungkin sibuk, tiada masa untuk melaksanakannya sendiri. Biar kami yang akan melaksanakannya bagi pihak anda. Jangan bertangguh lagi. Benda yang baik tak elok ditangguh-tangguhkan. Lakukannya sekarang. Tempah sekarang!

 

 

 

Maklumat Syarikat   |    Lesen Kandang  |   Permit Import    |   Permit Pindah Haiwan